Träffas Work Pods – Ruang Kerja Bersama Buat Semua

0 Comments

Sekarang ni banyak infrastruktur yang disediakan untuk memudahkan kehidupan seharian kita betul tak? Termasuklah dengan adanya ruang kerja peribadi, senang sikit nak berjumpa untuk diskusi! Ha baru-baru ni IPC Shopping Centre dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Träffas Work Pods, ruang kerja peribadi yang dilengkapi perabot untuk disewa mengikut jam atau hari. Menarik kan! Sesuai sangat dengan namanya ‘Träffas’ yang bermaksud tempat pertemuan atau tempat berkumpul dalam bahasa Sweden.

Pusat beli-belah kejiranan itu memperkenalkan lima pod ruang kerja bersama yang serba selesa bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Tempat Pertemuan yang memberikan pengalaman seperti berada di rumah sendiri atau “Home Away from Home” dan ruang untuk komuniti membina hubungan baharu. Ruang kerja peribadi ini terletak di Aras 1 Link Bridge dengan bertemakan estetika reka bentuk Scandinavia yang anggun dan kemas! Kalau korang perlukan tempat yang fresh untuk buat kerja ke esaimen ke, jangan segan-segan sewa ruang ni. Berbaloi!

Kalau korang nak tahu, pod ruang kerja bersama baharu ini telah dibina secara lestari dengan menggunakan kertas karton telur kitar semula bagi membantu menjadikannya kalis bunyi dan disaluti dengan lapisan cat rendah Sebatian Organik Meruap (VOC) yang bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara tetapi turut mengurangkan toksin punca alahan. Ha, macam ni lah kita mahukan, secara tak langsung dapatlah sedikit sebanyak kita sama-sama menjaga alam sekitar.

IPC Shopping Centre juga akan melancarkan Funland dan Playland tau. Apa pulak tu? Ia merupakan sebuah tempat hiburan di mana keluarga boleh menyewa ruang tersebut untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anak-anak mereka atau menjalankan aktiviti lain di masa depan. Bagus sangat ni, nanti nak sewa untuk anak sedara punya ‘birthday party’ lah hehe. Korang kalau nak tahu lebih lanjut boleh terus ke sini okeh https://www.soulmates.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published.