Kuching Jazz Bakal Menggegarkan Pentas Akhir Oktober Ini!

0 Comments

Tak menang tangan korang lepas pandemik ni, penuh jadual ye nak gerak konsert sana sini haha! Ni ada pengumuman untuk warga Kuching, dah dua tahun tertunda akhirnya Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang merupakan acara muzik wajib di Sarawak kini kembali lagi untuk memanaskan ruang pentas Waterfront, Grand Margherita. Peminat-peminat Jazz ada tak kat sini? Cer angkat tangan!

Penganjur festival, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd berharap festival ni sedikit sebanyak dapat memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik buat pendengar selepas ‘dunia berehat’ selama dua tahun lepas. Barisan penghibur pun bukan bese-bese ye, datangnya dari beberapa negara jiran juga tau. 

Tipulah siapa tak kenal Afgan? Penyanyi Indonesia yang sudah pun mempunyai nama cukup besar dalam dunia seni, akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera. Oh! Kuching Jazz tidak akan sempurna tanpa Phum Viphurit dari Thailand, juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini. Memang gempak lah festival ni nanti.

Termasuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini juga dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan. Jom pakat serbu ramai-ramai!

Semua maklumat mengenai festival boleh layari di www.kuchingjazz.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.