Ini Yang Boleh Korang Buat Kalau Ditipu Travel Agency

0 Comments

Tahun 2023 belum lagi menjelang tapi dah ramai kan yang dah plan macam-macam untuk travel. Ke dalam atau ke luar negara, ada yang selesa ambil pakej daripada bergerak sendiri. Senang, semua orang fikirkan.

Cuma kena hati-hati sebab ada travel agency yang tawarkan pakej menarik dengan harga murah tapi endingnya pelanggan ditipu.

Nak elakkan benda macam ni berlaku, ada beberapa perkara yang boleh korang buat. 

1. Pastikan travel agency atau agent ada lesen yang sah dan berdaftar di bawa MOTAC. Boleh semak direct di https://www.motac.gov.my/semakan/

2. Pastikan syarikat masih wujud dan masih aktif. Korang boleh contact MOTAC untuk dapatkan status syarikat.

3. Baca info dan terma berserta syarat yang ditawarkan di dalam pakej. Terutamanya di bahagian pembatalan dan pampasan.

4. Setiap bayaran, pastikan anda mendapatkan resit. Bayaran kalau melalui online sepatutnya terus masuk ke akaun travel agency dan bukannya orang ketiga.

Lepas tu pastikan korang sentiasa follow up dengan agen atau agency tentang tiket, tempahan hotel dan beberapa lagi perkara yang berkaitan trip selepas membuat bayaran. Tapi kalau korang dah rasa korang ditipu, segeralah.

1. Kumpul segala bukti dan buat laporan polis.

2. Hantarkan laporan tadi kepada pihak MOTAC dan bawa kes kepada pada Tribunal https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home

Kredit: @mykpdnhep

Walaupun amaunnya tak besar, pastikan korang buat laporan supaya tiada lagi yang terkena. Lainlah duit tu kalau petik kat pokok je memang boleh jelah nak pejamkan mata. 

Kredit gambar utama: Anete Lusina via unsplash.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.