Hadiah ‘7 Tahun’ Daripada The Impatient Sisters

0 Comments

Peminat lagu-lagu indie sila berkumpul di sini sekarang. Den nak koba ni, The Impatient Sisters bakal muncul dengan album pertama mereka ‘7 Tahun’ dengan 13 buah lagu kesemuanya! Gabungan kedua-dua lagu Melayu dan Inggeris akan menambah lagi rasa kesedapan buat halwa telinga rakyat indie, bermula 28 Oktober ini.

Mencelup jari kaki ke dalam persada muzik tempatan pada tahun 2011, The impatient Sisters sejak itu bangkit menjadi kumpulan muzik indie yang terkemuka di Malaysia. Wujudnya harmoni unik dan pilihan muzik dengan lirik mereka yang termenung, berangin, gembira, dan sedih telah menarik perhatian ramai pemuda pemudi.

Kata mereka,  ‘7 Tahun’ tidak berbeza. Ia masih mempunyai band sentimen hangat rakyat indie tetapi  dengan ‘soundscape’ yang lebih meluas. Yang paling dibanggakan, kesemua lagu-lagu telah ditulis dan dikarang oleh penyanyi adik beradik ini sendiri iaitu Soraya, Nazeera dan Irena dari perspektif yang lebih matang dari dulu kala. Album pertama ini boleh dikatakan tersangat bermakna buat mereka bertiga tau!

Antara Senarai Lagu ‘7 Tahun’:

1. Rumah 

2. Mari Menari

3. Aneh

4. Three

5. If It’s Up To Me

6. Yang Terbaik

7. Interlude/Tunggu

8. Kejam

9. Seringkali 

10. Anak Kecil

11. Only One

12. 7 Years

13. I love You So

Jom sama-sama kita sapot kumpulan muzik indie lokal, The Impatient Sisters 28 Oktober nanti okeh! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.