Orang-orang tua selalu pesan. Jangan seronok sangat, nanti menangis. Memang kebanyakannya betul. Sebab kadang-kadang bila dah seronok, terlupa nak kawal diri sampai melakukan perkara yang tidak-tidak. Lepas tu menyesal.
Mungkin itu yang berlaku dalam kes rakyat Malaysia yang ditahan di checkpoint imigresen Sadao kerana aksi drift menggunakan kereta di kawasan parking di sebuah lokasi pelancongan di Hatyai atas permintaan salah seorang staf di sana.
Tanpa sedar akibatnya, aksinya itu menyebabkan beberapa kenderaan lain termasuk tuktuk mengalami kerosakan pada bahagian cermin dan cat badan kereta.
Sebagai ganti rugi, beliau diminta membayar 107,000 Baht tapi selepas berbincang nilai ganti rugi dikurangkan kepada 100,000 Baht yang mana jika ditukarkan ke MYR nilainya berjumlah sekitar +-RM12,400.
Kredit video & gambar: YouTube ตัวพ่อ Lifestyleสงขลา, Twitter @myjoe_