Teroka Budaya Korea di MOKKOJI KOREA 2022

0 Comments

Annyeonghaseyo. Peminat2 K-Pop semua meh berkumpul sini, ada berita tergempar nak bagitahu korang! Selepas di Uzbekistan, acara ‘MOKKOJI KOREA 2022’ akan mendarat dan berlangsung di Malaysia pula bulan November ni.  Ewah! Beronok2 lah korang ye. Acara ni sebenarnya bertujuan untuk mempamerkan gaya hidup serta budaya masyarakat di Korea dan menggalakkan pemahaman antara negara-negara melalui pertukaran budaya dua hala. Amacam..sebelum korang pergi Korea meh lah datang sini dulu.

MOKKOJI KOREA 2022 juga merupakan sebuah festival di mana para peminat Hallyu boleh belajar dan mengalami sendiri pelbagai aspek gaya hidup di Korea, termasuklah makanan, kecantikan, fesyen, dan permainan Korea. Aktiviti-aktiviti sebegini memberikan peminat Hallyu peluang untuk mendalami budaya Korea, seterusnya mengembangkan lagi definisi gaya hidup dan budaya Korea, lebih dari sekadar budaya popular. 

Ye, tahu sangat korang tak sabar nak jumpa artis-artis K-Pop kan? Lagi-lagi kalau ada MOONBIN & SANHA, Jeon Somi, BLANK2Y dan lain-lain. Ha peminat Hallyu korang boleh take note sesiap okeh. Bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur daripada 12 sehingga 13 November, korang dapat rasai pelbagai pengalaman dan pameran yang menarik tau. Antaranya PENTAS MINI, DAPUR MOKKOJI, DATARAN MOKKOJI, dan PASAR MOKKOJI. Jumpa di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published.