Kafe Konsep Tandas, Siap Ada Menu Bentuk Tah*

0 Comments

Cafe hopping adalah salah satu aktiviti terbaru yang menarik untuk orang cuba. Terutamanya kalau kafe tu viral kerana keunikannya. Mesti ada yang nak cuba.

Dalam banyak-banyak konsep kafe yang ada, ada satu kafe ni memang luar kotak konsepnya iaitu tandas.

Satu sharing video TikTok @airieysayuti20, beliau berkongsikan menu yang ada serta hiasan dalaman kafe tersebut. Kalau tengok makanan yang terhidang pun, memang mengejutkan.

Dah namanya konsep dalam tandas, jadi makanan yang dihidangkan berbentuk tah* diletakkan dalam mangkuk berbentuk tandas. Luar kafe semua nampak cantik, tapi bila masuk je memang terasa macam dalam tandas!

Kalau baca di ruangan komen, masing-masing memang kembang tekak menengoknya.

Video & gambar: TikTok @airieysayuti20

Leave a Reply

Your email address will not be published.