RELAZZ LAH Malaysia, jangan serius sangat!

0 Comments

Harith Iskander, pelawak negara yang tersohor pada peringkat dunia telah mengumumkan Persembahan Komedi Paling Penting Tahun Ini bertajuk ‘RELAZZ LAH MALAYSIA’ yang akan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 26 November, 2022. 

“Rakyat Malaysia mempunyai citarasa komedi yang menakjubkan dan kita tidak akan teragak-agak untuk ketawa pada diri sendiri! Mereka yang hadir ke acara ini akan sedar bahawa hidup akan terasa lebih santai apabila kita bersikap mudah terhibur!” katanya. Dengan hasrat untuk menceriakan semua rakyat Malaysia dan memberikan mereka peluang untuk bersantai, RELAZZ LAH MALAYSIA akan membantu orang ramai untuk melepaskan tekanan dan melupakan masalah mereka buat seketika dengan jenaka yang menyentuh isu politik, isu sosial, ekonomi dan isu-isu lain yang dekat di hati penonton.

Namun, Harith bukan berseorangan dalam membuat persembahan komedi berdiri ni! Menurutnya, dia telah mengajak sahabat-sahabat beliau yang terbaik di Malaysia untuk menyertai beliau pada 26 November tersebut. Antaranya ialah Prakash Daniel, Mad Sabah, Brian Tan, dan seorang jemputan rahsia yang akan didedahkan pada hari persembahan tersebut. 

Untuk info lebih lanjut, boleh layari, https://thejokefactory.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/90709 

Leave a Reply

Your email address will not be published.