Hai gais! Hari ini aku nak ajak korang semua untuk kenali seorang wanita yang telah menawan hati peminatnya dari negara luar; jauh seperti di India dan Korea Selatan. Nama diberi ialah Bihzhu, sebutannya berbunyi Bee choo. Amboi comel sungguh. Namun namanya di Malaysia, hampir tidak pernah diangkat bukan? Bahkan Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia. Hebat wanita ini!
Asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan ye. Bihzhu kini mengeluarkan karya baharunya yang menyentuh perasaan ramai bertajuk Jiwa Perkasa. Korang boleh cuba search sekarang, dengar dan hayati. Katanya Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Disebabkan bencana tersebut, ia telah menjadikan Bihzhu teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.
Menerusi karya-karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 dan juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.
Selain itu, Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.
Let’s welcome Bihzhu gais!