Fasa Kedua InterContinental Khao Yai Resort Menampilkan Kereta Api Guna Semula

0 Comments

Musim cuti sekolah ni dengar cerita ramai nak ke Thailand, betul ke? Ha inilah peluang korang untuk rasai pengalaman menginap dalam kereta api lama yang serba mewah di InterContinental Khao Yai Resort. Kalau nak tahu, tempat ini direka unik di dalam kereta api warisan yang diguna semula tau. Ia menampilkan juga 19 Suite dan Villa, sebuah Spa, bistro Perancis dan bar koktel. Penuh glamor!

Gambar: InterContinental Khao Yai Resort – Classic Lake View

Setiap gerabak direka secara unik dan dinamakan sempena destinasi yang berbeza, membawa tetamu menikmati perjalanan kereta api lama yang penuh gah. Terletak di sekitar tasik, suite berkeluasan 47-meter persegi telah dinaik taraf untuk pengalaman penginapan di dalam kereta api yang dilengkapi dengan katil yang selesa, bilik mandi, dan bilik almari pakaian. 

Bagi mencipta suasana lokaliti Thai yang unik, fabrik yang dipesan khas daripada syarikat sutera Thai terkenal Jim Thomson telah dipadankan dalam sentuhan dekorasi di dalam setiap gerabak ini. Kesemua bilik dilengkapi dengan ruang luar, samada balkoni teres atau kolam terjun peribadi, yang boleh didapati pada Heritage Railcar One-Bedroom Pool Villa dan Heritage Railcar Two-Bedroom Pool Villa, memberi peluang kepada para tetamu untuk lebih dekat dengan alam semula jadi. 

ambar: Heritage Railcar 1 Bedroom Pool Villa 

Aktiviti yang menarik perhatian pengunjung ialah Program Planet Trekkers InterContinental Khao Yai Resort dimana ia direka untuk memastikan anak-anak kecil berasa seronok dan terhibur. Sesuai untuk tetamu berumur 4-12 tahun, aktiviti direka untuk mendidik dan mengujakan kanak-kanak, membolehkan mereka berhubung dengan alam semula jadi dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kawasan Khao Yai. Pencarian Harta Karun Taman Botani membolehkan kanak-kanak mengenal pasti pelbagai flora dan fauna tentang resort itu, manakala ekspedisi ke kebun sayur-sayuran mini mengajar kepentingan bahan-bahan yang diperoleh secara mampan. Turut ditawarkan ialah Kelas Menari Thai, aktiviti Memberi Makan Ikan Koi, dan Kraf Origami.

Gambar: InterContinental Khao Yai Resort – Guest Room

Resort ini telah dibuka awal tahun ini dengan 45 bilik di bangunan utama, pusat kecergasan berinspirasikan Cross-Fit dan satu siri pengembaraan tetamu penerokaan. Somying’s Kitchen – konsep makan dari ladang ke meja – dan Tea Carriage – yang menawarkan minum petang rasmi – turut ditampilkan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.intercontinental.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.