24 Gelongsor Air Menanti Pengunjung Di Taman Tema Terbaru Di Gamuda Cove

0 Comments

Bila cuti sekolah, taman tema air selalu jadi tumpuan untuk mak ayah bawa anak-anak berseronok dan penuhkan waktu dengan aktiviti. Di Malaysia sendiri, banyak taman tema air yang boleh kita kunjungi.

Yang terbaharu ni bakal dibuka pada pertengahan Januari iaitu SplashMania di Gamuda Cove dengan menempatkan lebih 24 gelongsor air!

Paling menarik sebab gelongsor di sini bukan macam gelongsor biasa korang jumpa dekat taman tema lain. Nak tahu apa bezanya? Haa, meh sis nak cerita sikit.

Salah satu gelongsor yang menarik ialah gelongsor Shaka Waka yang mana bukan je dilengkapi dengan kesan cahaya LED, tetapi juga lengkap dengan multimedia dan audio untuk ‘perjalanan’ sepanjang 78 meter! 

Atau korang boleh terasa macam pergi ke dunia lain dengan hanya memakai VR di gelongsor Lost City of Atlantis sepanjang 250 meter.

Menarik kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.