Viral Adegan Bergaduh Di Indonesia, Ramai Tak Setuju Kalau Karen’s Diner Nak Buka Cawangan Di Malaysia

0 Comments

Korang tahu tak tentang kewujudan restoran Karen’s Diner yang juga dikenali sebagai ‘restoran kurang ajar’ kerana pelanggan yang datang ke sana akan dilayan dengan teruk. 

Di sini korang akan dapat pengalaman makan di restoran paling buruk kerana pelanggan membayar semata untuk dikeji dan dilayan dengan teruk serta biadap oleh mereka. Memang teruk, sesuailah dengan nama restoran itu sendiri.

Baru-baru ini dikatakan restoran ini bakal membuka cawangannya yang pertama di Indonesia, dengan kerjasama restoran Bengkel Burger. Dalam satu video yang viral, korang boleh nampak sendiri yang pelayan dan pelanggan sama-sama ‘bergaduh’ dan memaki hamun sesama sendiri.

Susulan viralnya video tersebut, ramai yang berharap agar restoran sebegini tidak dibuka di Malaysia, sebuah negara yang terkenal dengan adat dan adab, berbeza dengan konsep restoran yang dibawakan Karen’s Diner.

Pening mat kalau gini. Sedangkan acik bawang tanya nak kawin bila pun ada yang dah triggered. Bayangkan kalau si Karen ni masuk Malaysia. Mau koyak setahun agaknya kena layan dengan si Karen-Karen di dalamnya.

Video: Twitter @txtdrkuliner/ TikTok @kakefoodie

Leave a Reply

Your email address will not be published.