GABUNGAN DAEBAK CU DAN CHRISTY NG

0 Comments

Hi gais, siapa suka menyopping makanan dekat CU? Iye…samalah kita pun suka makan tteokbokki dekat CU sebab sedap! Korang tahu tak sekarang ni CU telah bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia iaitu Christy Ng dalam menghasilkan koleksi beg tote tau. Sempena pelancaran cawangan CU yang ke-100 di Malaysia, kolaborasi ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang CU terima dari rakyat Malaysia dan juga perasaan sarang (cinta) CU kepada kesemua pelanggan-pelanggan CU. Fuh, memang trendy habis rekaan nya!

Beg tote CU x Christy Ng ini adalah koleksi terbaik sebagai aksesori tambahan untuk korang semua ber- #ootd! Rekaan untuk setiap beg tote ini diinspirasikan daripada reka bentuk kedai CU di Korea, menjadikannya sungguh unik untuk dimiliki. Kedua-dua beg ini dihasilkan dengan 2 warna tema istimewa mengikut kesesuaian personaliti dan citarasa masing-masing. Jadi, korang minat yang mana satu? Kaut je lah dua-dua!

Apapun warna pilihan korang, beg tote yang cantik ini diperbuat daripada kanvas berkualiti tinggi bagi menjamin pengalaman membeli belah yang selesa disamping menjadikan pemakainya kelihatan sungguh bergaya. Jadikan beg tote ini sebagai peneman korang semasa berehat sambil makan snek di CU atau boleh juga dijadikan girlfriend untuk berswafoto ketika berjalan-jalan di bandar!

Keutamaan CU adalah untuk memberikan para pelanggannya suasana membeli belah yang segar serta menyeronokkan dan ini adalah langkah pertama, akan ada lebih banyak lagi kejutan istimewa untuk korang…tunggu dan lihat ok?

Boleh kunjungi cawangan CU terdekat dan dapatkan beg tote yang sungguh bergaya rekaan Christy Ng! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.