Minta Derma Untuk Support Kos Travel,  Ini Perangai Buruk Pelancong ‘White Privilege’

0 Comments

Pernah nampak tak ada backpackers asing yang tetiba-tiba duduk di tepi kaki lima dengan signboard ‘help us to travel around the world’? Atau korang pernah diapproach pelancong backpackers yang kononnya nak travel tapi tak cukup dana?

Dekat Malaysia situasi ni boleh dikatakan selalu dilihat. Menggunakan ‘white privilege’, ramai sebenarnya tak berkenan perangai backpackers ni. 

Macam yang dikongsikan seorang lelaki di Facebook Yazeed Hair Johari, ini, dua orang pelancong yang muda dan sihat tubuh badan datang kepada seorang individu dan meminta dana untuk ‘support’ atau bantu kos travel mereka.

Tapi apabila diberikan RM1, tak mahu. Instead boleh minta amaun RM50 sebagai donation. Setuju untuk berikan amaun tersebut dengan syarat mengikutnya untuk membersihkan kliniknya, keduanya tidak mahu pula.

Jadi trick lepas ni, kalau korang diapproach geng backpackers ni. Jangan terus bagi duit. Bagi dia kerja dulu, baru nak bagi. Bukan tak bagi jadi baik, tapi jadi baik biar bertempat. Senang je biar diri kena pau.

Kredit:  Facebook Yazeed Hair Johari

Leave a Reply

Your email address will not be published.