Cari Ayam 2 Singgit Di Pasar Malam, Pelancong Indonesia Ini Kata ‘Mail Bohong’

0 Comments

“2 singgit. 2 singgit. 2 singgit!”

Kalau tengok animasi Upin Ipin, pastinya kenal kan dengan dialog ni. Populariti animasi Upin Ipin memang tak boleh disangkal lagi, termasuklah di negara jiran Malaysia seperti Indonesia.

Walaupun bukan watak utama, watak Mail tetap memberi impak yang besar kepada penonton. Tengok sahajalah sampai ada yang melancong ke Malaysia mencari ayam madu 2 singgit seperti yang dijual Mail.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikToknya, @sasa.nielsen mengatakan ‘Mail bohong’ kerana ayam madu yang dijual di pasar malam Malaysia bukanlah RM1, tetapi sebenarnya 2 RM5.

Mungkin beliau hanya bergurau. Iyalah dah terpengaruh dengan animasi Upin Ipin. Tu yang ingat ayam madu di Malaysia masih lagi dijual dengan harga 2 singgit.

Tambah pula ekonomi sekarang, harga ayam makin mahal. Mana maunya dapat lagi 2 singgit kann…

Tiktok: @sasa.nielsen

Leave a Reply

Your email address will not be published.