“Biasa Maksudnya?” Wanita Kongsi Journey Dapatkan Pisang Goreng Viral

0 Comments

Perasan tak sekarang ni viral betul tentang pisang goreng cheese yang dijual seorang anak muda di TikTok?

Dengan tagline kepala senget sambil bertanya “biasa maksudnya?”, ramai rupanya yang cair dengan senyuman manis si empunya bisnes. Malah kedai beliau kini dikatakan setiap hari penuh dengan pelanggan yang beratur demi untuk mendapatkan pisang goreng cheese tersebut.

Di TikTok, seorang pelanggan berkongsikan journey beliau untuk mendapatkan pisang goreng ini dengan menggunakan MRT dan berjalan kaki. Bukan itu sahaja, malah mereka juga terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan pisang goreng cheese tersebut.

Kredit: TikTok @lilvixt

Kalau korang nak tahu, bisnes anak muda ini boleh mencecah jualan lebih 200kg pisang dalam tempoh kurang 6 jam jualan!

Fuh, memang viral habis. Btw, korang kalau rajin nak merasa menu viral bolehlah join beratur sekali. Sekali sekala merasa benda viral, apa salahnya.

Video: TikTok @bananadibs 

Leave a Reply

Your email address will not be published.