Memalukan! Guna Tape Kuning Pada Kerusi Flight Antarabangsa, Ini Respon AirAsiaX

0 Comments

AirAsia X selalu jadi pilihan sekiranya mahu travel dengan bajet yang rendah. Selepas dunia semakin pulih daripada wabak pandemik, AirAsia X tak terkecuali menawarkan penerbangan ke pelbagai destinasi dengan harga yang berpatutan.

Tapi menjadi tak menarik apabila beberapa hari ini tular gambar kerusi pesawat penerbangan antarabangsa AirAsia X dari Taipei ke Kuala Lumpur yang ditampal dengan tape kuning pada kawasan arm-rest.

Dalam posting yang dimuat naik di laman media sosial Facebook, Edward Yong turut merasa malu dengan keadaan pesawat tersebut “Saya rasa malu. Pelancong asing mesti terfikir yang mereka akan pergi ke sebuah negara mundur kerana kerusi penumpang dalam pesawat ditampal dengan pita pelekat.”

Dalam respon terkini, Ketua Kejuruteraan AirAsia, Alvin Tan memaklumkan tape tersebut adalah kerana syarikat tersebut kekurangan alat gantian dan akan digunakan untuk sementara waktu sahaja bagi meneruskan jadual penerbangan yang sudah ditetapkan. 

Tambah Alvin, alat gantian sudah ditempah Ogos 2022 lalu baru sahaja sampai minggu lalu dan kerja pembaikan sedang dijalankan secara berperingkat. 

Memohon maaf susulan isu tersebut, AirAsia X menegaskan bahawa keselamatan penumpang tetap menjadi keutamaan dan tidak akan diabaikan.

Side note: Kenapa warna kuning, bukan hitam? Hmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published.