Percaya Buta-Buta Pada GPS, Kereta Pelancong Lelaki Ini Tersekat Pada Laluan Hiking

0 Comments

Bila tak familiar dengan sesuatu tempat, aplikasi yang ada fungsi GPS memang banyak membantu. Tapi betullah orang kata, tak semua boleh percaya. Kadang-kadang laluan yang diberikan perlukan skill comman sense juga.

Macam seorang pelancong dari German ini, gara-gara percaya buta-buta pada GPS berbanding membaca tanda jalan yang ada, akhirnya menyebabkan kereta beliau tersekat pada laluan mendaki. Malah beliau juga dikatakan enggan mendengar nasihat daripada pengunjung yang ada supaya tidak menggunakan laluan tersebut.

Kredit gambar: motor1.com

Walaupun jalan dah semakin sempit, ia bukan halangan untuk lelaki tersebut meneruskan halangan sehinggalah tiada lagi ruang untuk kereta beliau lalui.

Gambar yang disiarkan pihak bomba menunjukkan kereta Alpina B3 Touring itu tersekat antara batu dan pagar yang ada di laluan tersebut.

Hmm, macam-macam. Kot iya pun tak percaya orang, pandanglah juga sekeliling tu kan?

Sumber dan kredit gambar utama: motor1.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.