Taiwan Sanggup Bayar Elaun Hampir RM3,000 Kepada Pelancong Untuk Datang Melancong

0 Comments

Walaupun perjalanan ke luar negara dah dibenarkan, kadar tambang penerbangan yang semakin meningkat menyebabkan ramai yang membatalkan hasrat untuk melakukan pelancongan antarabangsa. 

Mengambil inisiatiff untuk merancakkan semula ekonomi negara, Taiwan mengumumkan akan memberikan biaya sekitar NT$5,000 (RM729.50) untuk 500,000 pelancong individu dan NT$20,000 (RM2,918) untuk 90,000 kumpulan pelancong.

Menyasarkan 6 juta pelancong pelancong dari negara ‘key market’ termasuklah Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara, Hong Kong, Macao, Eropah dan Amerika pada 2023 dan akan menggandakan jumlah tersebut pada 2024 , Menteri Pelancong Taiwan, Wang Kuo-tsai berkata pembayaran akan dilakukan secara digital dan ia boleh digunakan di Taiwan, termasuklah untuk penginapan.

Macam menarik kan? Tiba-tiba rasa nak beli tiket pergi Taiwan pula.

Sumber: CNN Travel

Kredit gambar utama: Mark Ivan via unsplash.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.