‘Dah Booked & Bayar Tapi Hotel Gelap’, Pemuda Kongsi Kisah Gelap Tempah Hotel OYO

0 Comments

Sekarang ni bila nak travel memang senang, sebab tak perlu dah untuk walk in untuk booking. Gunakan platform yang ada, korang boleh pilih mana yang sesuai dengan bajet.

Tapi yang menakutkan bila korang dah book siap-siap, last minute bila sampai je lokasi tiba-tiba hotel tutup. Macam yang berlaku pada seorang lelaki ini yang menempah sebuah hotel OYO di aplikasi Traveloka.

Dalam satu sharing di Twitter, beliau berkongsi rasa terkejut apabila hotel yang ditempah dan sudah dibayar tetapi apabila sampai di lokasi kejadian, hotel tersebut berkunci dan seolah sudah lama tidak beroperasi.

Apabila berhubung dengan customer service, beliau terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama. Btw, beliau difahamkan sekarang ni dah dapat semula refund. 

Berkongsi pengalaman di Twitter, rupanya ramai yang dah terkena masalah sama apabila menempah hotel OYO. 

Yang menariknya, ada yang berkongsi boleh sebenarnya membuat laporan ke MOTAC dan pihak berkenaan boleh didakwa di mahkamah. Malah tuntutan saman juga boleh dibuat!

Jadi lepas ni kalau korang terkena, jangan lupa laporkan pada pihak berrwajib okey?

 

Twitter: @iRaesmee

Leave a Reply

Your email address will not be published.