Ada Yang Tak Halal, Wanita Kongsi Cara Check Bahan Dalam Makanan Kedai Serbaneka Korea Popular Di Malaysia

0 Comments

Di Malaysia, produk makanan dari Korea Selatan semakin mendapat tempat. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, makanan dari negara ini sangat mudah dijumpai di Malaysia terutamanya di kawasan bandar dan mall.

Memang sangat mengujakan. Tetapi, isu halal adalah salah satu isu utama yang menjadi perhatian. Sebelum ini ada yang mendakwa tidak semua makanan dan minuman yang dijual di kedai serbaneka ini berstatus halal.

Antara yang menjadi perhatian ialah status halal air jenama Delaffe.

via Twitter: @UNawwa

Dalam satu video yang kembali viral, pihak CU Malaysia memaklumkan memang ada beberpaa snek dan minuman yang berstatus tidak halal, salah satunya ialah minuman Delaffe kerana mengandungi alkohol. Cuma % alkohol yang ada dalam minuman tersebut berada di bawah 0.5%.

Twitter: @syaliquee

Berkenaan dengan isu ini, kami ada jumpa satu jawapan kepada soalan berkenaan hukum pewarna makanan 20% alkohol: “Saya ada kemusykilan berkenaan kandungan alkohol dalam pewarna makanan. Sebagai contoh, ada satu jenama pewarna makanan yang mengandungi ethanol sebanyak 20%. Adakah haram ianya digunakan?” dalam web Mufti Wilayah Persekutuan. Antara petikan jawapannya:

Kredit gambar utama: Twitter @UNawwa

Leave a Reply

Your email address will not be published.