RMHC Malaysia Raikan Semangat Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim

0 Comments

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia telah menganjurkan Majlis Iftar bersama lebih 100 anak yatim bertempat di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur semalam. Seronok melihat wajah anak-anak ini, tersenyum riang dapat merasa burger McDonald’s.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai bernilai RM5,000 kepada tiga rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang – Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff. Alhamdulillah, semoga sumbangan ini dapat meringankan beban bagi persiapan Hari Raya yang bakal tiba.

YBhg. Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia juga menyatakan majlis ini sudah menjadi tradisi daripada tahun ke tahun, dan sentiasa komited menjalankan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan. Turut dihadiri YBhg. Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia bagi menyampaikan tazkirah khas pada petang semalam.

McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang daripada dana wakalah zakat MAIWP. Untuk pengetahuan semua, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, RMHC Malaysia turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.