Gerai Nasi Ayam Berempah RM15 Di Bazar Puchong Dah Ditutup

0 Comments

Tahun ni ramai yang merungut harga jualan di bazar Ramadan agak mahal dari yang sebelum ini. Juadah biasa yang dicari seperti roti john pun boleh mencecah RM10! Itu belum lagi kalau dikira dengan kes karipap angin, martabak hangit dan makanan yang dijual sudah rosak dan berkulat.

Baru-baru ni viral sebuah gerai di bazar Ramadan Puchong menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15. Memang tak masuk akal dan tak boleh diterima langsung!

Perkara ini pun dah disahkan oleh Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang turut mengakui harga yang dikenakan sangatlah tidak berpatutan. Gerai tersebut turut diperiksa oleh pegawai penguatkuasa kementerian.

Tetapi ia didapati sudah ditutup, mungkin kerana kritikan orang ramai mengenai harga jualan mereka.

Tambah beliau lagi, kalau para peniaga dikesan mengenakan harga yang tak masuk akal dan melampau, pihak KPDN tidak akan mengenakan denda atau merampas peralatan peniaga, sebaliknya akan diberikan nasihat sahaja.

Side note, benda kalau mahal sedap tak apalah. Ini harga bukan main yahudi. Tapi rasanya, Ya Tuhan! Sesungguhnya aku berpuasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.