Tiada Lagi Peluang Kedua, Tak Kemas Meja Makan Boleh Sebabkan Korang Didenda Hampir RM1,000

0 Comments

Korang tahu tak, tak kemaskan meja makan boleh menyebabkan korang didenda dengan jumlah hampir RM1,000?

Ya, itulah yang akan korang hadapi bila korang ke pusat penjaja awam di Singapura.Kalau nak tahu peraturan ‘memulangkan dulang dan pinggan mangkuk atau membersihkan meja’ ini sudah pun dikuatkuasakan sejak 1 September 2021 bagi pusat penjaja makanan dan 1 Januari 2022 bagi kedai kopi dan dewan makan. 

Dan bermula 1 Jun 2023, pesalah di pusat-pusat penjaja awam akan diminta memberikan butiran mereka. Untuk pesalah kali pertama akan diberikan amaran (bukan dinasihati) serta merta. Mereka yang mengulangi kesalahan tersebut kemudiannya akan dikenakan denda $300 dan selanjutnya akan didakwa di mahkamah.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Izaan Chik (Adik)

Bukan itu sahaja, ‘kawasan panas’ akan dipasang dengan CCTV dalam usaha memantau penguatkuasaan peraturan ini dengan tujuan mengukuhkan tabiat baik dan menghalang jumlah kecil pelanggan yang selalu gagal untuk memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka.

 Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) merupakan badan yang terlibat dalam penguatkuasaan ini.

Kesan daripada penguatkuasaan peraturan ini,purata pemulangan dulang dan pinggan mangkuk yang dipulangkan di pusat menjaja makanan meningkat dari 65% kepada 90% jika dibandingkan pada Ogos 2021 dan sekarang.

Jadi korang kalau travel ke Singapura, jangan lupa kemas balik okey? Nanti menangis kena bayar denda. 

Sumber: Mediacorp

Kredit gambar utama: Facebook Wana N Hermey

Leave a Reply

Your email address will not be published.