Selain Bilik Karaoke, Ini Kemudahan Lain Yang Ditawarkan Dalam Koc Mewah Ke Hatyai

0 Comments

Kalau korang ada plan nak travel ke Hatyai dalam masa terdekat ni, apa kata korang try koc mewah yang baru sahaja ada di KTMB. 

Untuk pengetahuan korang, banyak gila kemudahan baru yang ditawarkan untuk koc mewah ni. Bukan sahaja lengkap dengan bilik peribadi, tapi ada juga bilik mandi, restoran dan juga bilik karaoke!

Jadi tak adalah korang bosan sementara nak tunggu sampai ke destinasi. Sambil-sambil layan view luar keretapi, korang boleh juga lepaskan tekanan. lagi syiok kalau bawa kawan-kawan. Tapi kalau korang travel sorang pun, tak terasa sunyi gais!

Tapi untuk sementara waktu ni, tempahan katanya hanya boleh dibuat melalui panggilan telefon je. Mungkin kalau permintaan meningkat, mungkin bilangan tren akan ditambah.

Sumber (gambar): FB Travel Rookie

Leave a Reply

Your email address will not be published.