Tauhu Busuk Viral Turut Jadi Mangsa ‘Scalper’, Dijual Hampir 4x Ganda Daripada Harga Sebenar

0 Comments

Selalu yang kita dengar jadi ‘mangsa’ geng-geng scalper ni barang-barang rare dan susah dapat macam tiket konsert atau kasut. Tapi tak sangka pula makanan pun termasuk dalam kategori ‘jualan’ scalper.

Macam yang baru ni viral tentang tauhu busuk (stinky tofu) lejen yang dijual seorang Uncle berhampiran LRT Wangsa Maju. Kalau korang nak tahu, Uncle ni dah 16 tahun berniaga dan memang ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya demi untuk mendapatkan air tangan Uncle ini. 

Mungkin kerana itu, ada scalper yang sanggup beratur, kemudian beli secara borong dan menjualnya dengan harga berganda lebih mahal. Beli dengan harga RM5.50 untuk 4 biji tauhu dan menjualnya semula dengan harga RM20.

Eh, janganlah begitu. Kesian dekat Uncle yang penat masak, tapi geng scalper ni ambil kesempatan kaut untung melampau pula. Bukan sekali ganda tapi hampir 4x ganda tau!

Kita pun kena ajar scalper ni, jangan asal jual je kita support.

Sumber: Sinchew Daily

Kredit gambar utama: via sinchewdaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.