Sabah memang terkenal dengan tarikannya yang tersendiri. Ini dibuktikan dengan data jumlah pelancong yang melancong ke sana, tidak kiralah daripada kalangan pelancong Malaysia sendiri atau pun pelancong dari luar.
Mungkin ada yang rasa melancong ke Sabah susah terutamanya jika nak melancong tanpa menggunakan tour guide. Kalau korang ada plan nak ke Sabah, tapi masih blur dengan jadual perjalanan, jom min sharekan iti daripada Agoda dalam cabaran RM1,400.
Mula-mula sekali, korang boleh dapatkan diskaun bila gabungkan flight dan penginapan di Signel Postel dengan bajet sekitar RM1,316.60 untuk dua orang.
Untuk hari pertama, korang ada waktu siang, korang boleh terokai jalan bersejarah, Jalan Gaya dan enjoy night view yang memukau di kawasan persisiran laut. Jangan ketinggalan untuk menjamu selera di kawasan paling popular iaitu di Waterfront Seafood Night Market yang mana korang boleh nikmati makanan laut segar dalam cara masakan pilihan korang dengan harga paling berbaloi. Percayalah, tak dapat punya harga seafood macam tu dekat Semenanjung!
Hari kedua, korang boleh mulakan pengembaraan island-hopping, meneroka pulau-pulau di Sabah yang memang tak dapat dinafikan keindahannya. Bila ke sana, terus terasa macam bukan di Malaysia! Untuk pakej snorkeling di perairan biru tiga pulau, korang boleh dapatkan dengan bajet kurang RM170 sahaja!
Untuk hari ketiga, korang boleh prepare diri siap-siap untuk pengembaraan Berakit Jeram Deras Pedas (White Water Rafting) dalam hutan hujan yang menghijau dengan harga RM571. Tapi, awas! Aktiviti ni tak sesuai kalau korang lemah semangat tau. Sebagai ganti, korang boleh buat aktiviti yang lebih santai macam berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village untuk saksikan sendiri tradisi kehidupan lima suku kaum tempatan secara lebih dekat dengan harga cuma RM452.
Untuk hari seterusnya, korang boleh lawat tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Kinabalu untuk teroka keindahan pelbagai flora dan fauna. Pengalaman berjalan menyusuri denai dan saksikan sendiri gahnya Gunung Kinabalu berdiri merupakan pemandangan yang tak mungkin korang lepaskan bila dah berpeluang datang ke Sabah.
Sebelum balik, jangan lupa borong dulu buah tangan untuk dibawa pulang. Di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina, korang boleh dapatkan pelbagai cenderamata unik untuk kenang-kenangan.
*Kos yang disenaraikan adalah untuk pembelian ‘bundle’ penerbangan dan penginapan,
lawatan ke pulau, pengalaman kebudayaan Mari-Mari dan pengembaraan di Taman Negara
Kinabalu.*
Kredit gambar: via agoda.com