Bukit Bintang Bergegar Dengan Ngauman The Sleeping Lion!

0 Comments

The Sleeping Lion Suites dengan rasminya membuka pintunya untuk anda merasakan sendiri pengalaman bermalam dalam kemewahan dan standard yang berbeza dari yang lain. Terletak di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang dan hanya beberapa langkah dari pelbagai destinasi ikonik seperti Pavilion Kuala Lumpur, The Starhill dan Lot 10, The Sleeping Lion Suites diilhamkan dari visi seekor singa yang dalam ketenangannya masih memancarkan kekuasaan, kehalusan dan keanggunan.

“Sleeping Lion Suites adalah bukti usaha kami yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan, keazaman kami untuk menolak batasan, dan dedikasi kami untuk mencipta ruang-ruang yang memperkasa. Dengan keberadaan kami dalam industri hospitaliti, saya yakin bahawa Sleeping Lion Suites tidak akan sekadar menjadi sebuah hotel; ia akan tersergam sebagai sebuah simbol kecemerlangan, lambang detik yang mengagumkan, dan sumber ilham yang melimpah ruah,” ujar Michael Chai, Pengarah Eksekutif Aset Kayamas.

Hotel ini menawarkan 866 bilik dengan 10 jenis penginapan yang berbeza, setiap satunya menawarkan kehangatan gaya kontemporari, keselesaan dan hiasan yang serba anggun. Ia adalah pilihan ideal untuk short staycation bersama yang tersayang, dan juga buat para pengembara solo. 

Kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini termasuk kolam renang infiniti atas bumbung, gimnasium, sauna, dan bilik mandian wap. Sky Bridge pula menawarkan pemandangan kota raya Kuala Lumpur yang mempesonakan, manakala Garden of Dreams menjemput para tetamu untuk bersiar-siar menelusuri jejak flora dongeng yang mempesonakan. Inilah tiket untuk anda menikmati pengalaman penginapan luar biasa yang menggabungkan keselesaan dan keanggunan.

Untuk meraikan pembukaan The Sleeping Lion Suites, hotel ini melancarkan promosi ‘Opening Celebration’ dengan diskaun sebanyak 18%* apabila membuat tempahan menerusi laman sesawang hotel menggunakan Kod Promo GOP18. Tempoh masa tempahan bermula dari 8 September sehingga 30 September 2023, manakala penginapan akan mula tersedia mulai 8 September sehingga 31 Oktober 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini, sila layari  www.sleepinglionsuites.com.

*Tertakluk pada Terma & Syarat

Leave a Reply

Your email address will not be published.