Kuala Lumpur Disenarai Destinasi Tempatan Pilihan Rakyat Malaysia

0 Comments

Orang Malaysia suka melancong ke mana yer? Berdasarkan data tempahan platform pelancongan digital Agoda, Singapura adalah destinasi antarabangsa paling popular dikalangan pelancong Malaysia. Data ini juga menunjukkan empat daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama. Ini diikuti oleh Singapura yang berada di tangga kedua, Ho Chi Minh di tangga keempat, dan Kuala Lumpur di tangga kelima. Memecah dominasi Asia Tenggara adalah Seoul di tangga ketiga.

Untuk destinasi pelancongan tempatan pula, Kuala Lumpur adalah pilihan utama diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

“Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar Asia Tenggara,” ujar Andrew Smith, Naib Presiden Kanan Pembekalan, Agoda. “Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik. Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang.” 

Dapatan pasaran Malaysia, Bangkok, Jakarta, Medan dan Bandar Ho Chi Minh adalah pilihan percutian popular selepas Singapura. Penilaian ini jelas menunjukkan keutamaan para pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara, dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori itu. 

Dah boleh rancanglah percutian selepas ini. Tak kira dalam atau luar negara, yang penting adalah pengalaman dan memori yang dikutip sepanjang percutian. Selamat ber’healing’ gais!

Leave a Reply

Your email address will not be published.