Karnival Kita OK!: Perayaan komuniti, kreativiti dan perubahan

0 Comments

Bersedia untuk menyelami semangat keprihatinan, perpaduan dan komuniti di ‘Karnival Kita OK!’. Acara ini tiga hari bermula dari 22 hingga 24 September ini dibawakan oleh Zurich Malaysia di bawah payung ‘Care For What Matters’. Bakal berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, karnival ini akan disertai lebih 50 vendor lokal dengan kehadiran penghibur tempatan bagi memeriahkan lagi suasana.

Menurut Junior Cho, Ketua ‘Karnival Kita OK!’ ini kerana ia selaras dengan etos ‘Care For What Matters’ syarikat ini. 

“Status ikonik Pasar Seni sebagai hab kepelbagaian budaya juga menjadikannya lokasi ideal yang sejajar dengan misi kami untuk mempromosikan perpaduan dan penjagaan masyarakat. Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami untuk pengalaman yang benar-benar mengujakan dan tidak dapat dilupakan,” ujarnya lagi.

Menjaga perniagaan tempatan, menyatukan rakyat Malaysia

Para pengunjung ‘Karnival Kita OK! Akan berpeluang menikmati:

• Fesyen, makanan & aksesori

Terokai gerai dengan produk-produk kraf artisan hasil tangan peniaga lokal, barangan mampan  dan one-of-a-kind dengan cerita tersendiri dibalik setiap satunya.

• Alami masa depan industri kesihatan

Jadilah yang pertama untuk mengambil bahagian dalam inisiatif perintis penjejak kesihatan AI dengan melengkapkan pemeriksaan kesihatan asas dan membandingkannya dengan biomarker AI Binah.ai. Anda bukan sahaja bakal menerima hadiah percuma tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan teknologi kesihatan

• Plant Mixology by Eats, Shoots and Roots (ESR) 

Mulakan perjalanan rasa dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis sirap dan teh menarik yang dibuat dari taman ESR. Anda juga boleh memilih untuk menanam anak benih anda sendiri dirumah.

Bengkel Kewangan Peribadi oleh Suraya Zainudin, Blogger Kewangan Peribadi di Ringgit Oh Ringgit

Ikuti bengkel kewangan bagi  memperkasakan serta memfokus pada meningkatkan kesejahteraan kewangan individu.

Alami Pemeriksaan Kesihatan dengan ihsan Sunway Home Healthcare

Rebut peluang melakukan penilaian kesihatan asas percuma untuk mengutamakan kesejahteraan holistik anda, termasuk bacaan tekanan darah, pemantauan glukosa dan penilaian berat badan.

• Rangkaian Seperti Pro dengan Natalie Kniese, Jurulatih Pengucapan Awam & Komunikasi

Sesi eksklusif untuk memperhalusi kemahiran networking anda dan berhubung dengan yakin.

• Sesi Ceramah Zurich Cares dan Perkongsian Fotografi

Dapatkan maklumat terkini daripada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) mengenai usaha penghutanan semula dan pemuliharaan di bawah program Zurich Cares dan saksikan pameran foto yang menakjubkan di C-Space Central Market, yang menonjolkan komitmen Zurich Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi species pokok yang berdepan kepupusan, jarang ditemui , dan terancam di Merisuli, Sabah dan usaha menyelamatkan mereka.

Muzik, seni dan jenaka

Nikmati persembahan yang mempesonakan daripada local buskers, artis dan pelawak tempatan. Selain itu, jangan ketinggalan mengikuti bengkel fotografi, demonstrasi batik dan permainan yang menarik untuk menjadikan hari anda lebih menyeronokkan.

Jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan bersama kita tunjukkan bahawa dengan mengambil berat perkara yang penting mampu menjadikan rakyat Malaysia lebih kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.