Dari Asam Pedas Ke Rasa Itali? Pengalaman kulinari di MONTI

0 Comments

Kalau tanya menu femes kat Melaka, mesti ramai yang jawab Asam Pedas. Tapi pengalaman kulinari di Melaka tidak hanya pada hidangan tradisi tempatan yang membuka selera tetapi juga ada banyak pilihan selera antarabangsa.  

MONTI, terletak di atas 1-Altitude Melaka, ialah restoran Itali baharu yang mewarnai suasana kulinari Melaka. MONTI menawarkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa yang menggabungkan masakan asli Itali dengan pemandangan panoramik bandar Melaka dan Selat Melaka yang menakjubkan.

Dibawah bimbingan Chef Felix Chong, Ketua Masakan Mediterranean di 1-Group, pasukan kulinari MONTI telah mencipta menu yang mewakili kemuncak gastronomi Itali. Chef Alessandro, Chef de Cuisine baharu MONTI, adalah seorang Michelin star chef yang membawa pengalamannya untuk memberi rasa Itali asli pada setiap hidangan. 

Menu ini menampilkan hidangan masakan seperti Hokkaido Scallop ‘A la Plancha’ dengan salt-baked cauliflower puree dan truffle fried broccolini, Acquarello Risotto yang kaya dan berkrim dengan truffle, dan Pizza ‘Melaka’ unik yang menggabungkan rasa Malaysia dengan kesenian piza Itali.

Hidangan pièce de résistance’ di MONTI ialah Bistecche Alla MONTI, wood-fire grilled T-bone steak seberat 1.1kg yang dimasak dengan sempurna, mempamerkan dedikasi pasukan masakan untuk kecemerlangan.

Untuk pencuci mulut, Tiramisu ‘Lava’ menawarkan asas keju mascarpone yang diselitkan dengan espresso dan dilapisi dengan biskut savoiardi yang dihancurkan, menghasilkan kontras tekstur yang menarik.

Selain masakan, MONTI menawarkan keseimbangan antara kemewahan dan keintiman, menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis. Menurut Joseph Ong, Pengarah Urusan 1-Group, MONTI di 1-Altitude Melaka bertujuan untuk menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati citarasa Itali terbaik sambil menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.