Jika sebelum ini, hari dimulakan dengan fresh brewed coffee dari Starbucks, sekarang dah ada pilihan pasti segar untuk jadi peneman kopi anda.
Starbucks Malaysia telah memperkenalkan hidangan pastri yang baru dibakar di beberapa lokasi Di Starbucks Reserve sekitar Lembah Klang. Dilancarkan pada Mei 2022, pengembaraan masakan ini menampilkan pastri segar yang dibuat dengan mentega laktik Perancis yang terkenal dengan rasa yang tajam. Pastri ini dinaikkan kepada status gourmet dengan bahan-bahan seperti keju Emmental, cream cheese, rempah Timur Tengah dan praline badam.
Menu ini pertama diperkenalkan di Starbucks Reserve Hyatt Place dan kini anda boleh menikmatinya di cawangan ke-17, Starbucks Reserve One Utama.
Pastri eksklusif yang ditawarkan ialah:
Croissant Éclat Du Terroir
Pastri Perancis klasik ini menjanjikan gabungan rasa, aroma dan tekstur yang membuka selera. Nikmatinya secara solo atau bersama mentega dan jem, rasanya tetap enak.
Zaatar Croissant
Nikmati rasa rempah ratus Timur Tengah dengan hidangan yang lazat ini. Setiap gigitan penuh dengan rasa mentega berempah.
Triple Chocolate Extravaganza
Selami sensasi cair-di-mulut lapisan coklat susu dan coklat putih berkrim ditengah-tengahnya, dengan taburan cip coklat gelap.
Choco-nut Crescents
Bagi penggemar coklat, pastri dengan isian koko-hazelnut yang dibalut dengan croissant mentega tulen yang gebu dan dihiasi dengan kepingan coklat rangup adalah hidangan yang sempurna.
Pizza Twist
Mengidam sesuatu yang savoury? Pilih piza dengan perisa seperti tomato, keju Emmental, cendawan, buah zaitun hitam dan flax perang yang rangup.
Choco Maxi Finger
Lapisan doh croissant yang halus bertemu dengan kastard coklat dan cip coklat yang lazat dalam pastri Perancis. Yummz!
Praline Maxi Finger
Alami kemewahan rasa dengan krim badam, hazelnut, dan praline, dihiasi dengan hazelnut untuk menjadikannya hidangan yang lebih menarik.
Cheese Lattice
Selami isi cream cheese berkrim dalam pastri Perancis yang lazat untuk pengalaman yang memanjakan rasa.
Chunky Apple Turnover
Ketulan epal yang banyak, diselubungi dengan pastri Perancis berwarna perang keemasan mencipta snek yang benar-benar enak.
Breakfast at Brittany’s
Diinspirasikan oleh pastri Perancis klasik ‘Kouign Amann,’ (sebutan: KOOH-NYAH-MAHN), ciptaan ini menggabungkan tekstur lembut dan rangup untuk sensasi rasa yang akan menggoda selera anda.
Ingat, menu ni ada di Starbuckes Reserve terpilih sahaja. Selamat mengopi!