Rasai pengalaman IMAX terbesar di TGV Sunway Velocity

0 Comments

TGV Cinemas memperkenalkan pawagam IMAX terbesar di Malaysia dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Sunway Velocity!

Dengan Sistem Laser IMAX ini, kualiti gambar kini lebih tajam, jelas, dan ‘hidup’ untuk visual realistik pada skrin besar. Selain itu, Teknologi Bunyi 12 Saluran ini turut meningkatkan lagi pengalaman menonton filem di mana penonton kini dapat merasai setiap detik, dari bisikan paling lembut hingga raungan paling kuat. Ia menawarkan pengalaman bunyi yang immersif dan multidimensional yang lebih realistik. 

Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas berkata, “Kami amat bangga untuk memperkenalkan IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran ini di TGV Pavilion Bukit Jalil. Ini merupakan sebuah pencapaian terbaharu kami. Kami teruja menjadi pawagam pertama di Malaysia untuk membawa pengalaman IMAX terbesar dan terkini di TGV Sunway Velocity. Matlamat kami adalah untuk menjadikan pawagam kami sebagai pilihan untuk meluangkan masa bersama rakan, keluarga, dan insan tersayang. 

Di TGV Cinemas, kami sentiasa ingin maju ke hadapan dengan memperkenalkan pengalaman baharu dan menarik secara konsisten kepada penonton kami. Kami ingin menerajui inovasi sinematik dan menyediakan pengalaman tontonan filem terbaik di lebih banyak lokasi yang akan datang.”

Rasai pengalaman IMAX terbesar dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Sunway Velocity hari ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.