‘Snow-Much-Fun 20versary Fest’ Di IPC Shopping Centre

0 Comments

Sepanjang bulan November dan Disember ini, IPC Shopping Centre meraikan kemeriahan berganda ulangtahunnya yang ke-20 dalam suasana perayaan dan menjemput pengunjung untuk mengimbau kembali nostalgia dan pengalaman membeli-belah dengan pelbagai promosi eksklusif, aktiviti menarik, dan hadiah hebat.

Sejak ia mula membuka pintunya sebagai Ikano Power Centre pada 18 Disember 2003, hingga penjenamaan semula kepada IPC Shopping Centre pada 2011, dan menjalani pembangunan semula pada 2017, IPC kekal setia terhadap komitmennya untuk menyediakan sebuah destinasi membeli-belah yang memudahkan, selamat, dan mesra keluarga serta selesa untuk komuniti. 

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 IPC Shopping Centre, para pembeli berpeluang untuk mencipta kenangan dengan menerokai semua tarikan dan aktiviti yang disediakan di sekitar pusat beli-belah itu. Ini termasuk:

  1. Jätte, Belon Kuda Dala Gergasi di hadapan Swedish Café, Aras G: Para pembeli boleh merakamkan kenangan dengan belon kuda Dala gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia. 
  2. Galeri 20versary, Aras G: Para pembeli boleh mengimbau kenangan nostalgia dengan menelusuri sejarah perjalanan pusat beli-belah itu selama 20 tahun, meraikan kejayaan dan pencapaiannya. 
  3. 20versary Grand Draw: Mulai hari ini hingga 1 Januari 2024, ahli Tack Club boleh menyertai ‘20versary Grand Draw’ dan merebut peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM80,000 dengan lebih daripada 400 hadiah mingguan untuk dimenangi. Hadiah-hadiah ini termasuk ganjaran premium IPC, Mata Tack, dan ganjaran utama seperti Pengering Rambut Dyson Supersonic, Sony PlayStation 5, dan Apple iPhone 15 Pro. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan, IPC Shopping Centre turut memperkenalkan 10 Lencana Tack Club termasuk lencana edisi terhad Ulang Tahun ke-20 dalam aplikasi mudah alih IPC. Untuk mengumpul lencana-lencana ini, para pembeli perlu menyempurnakan misi tertentu seperti menghantar gambar dan mendaftar masuk acara. Setiap misi yang disempurnakan turut melayakkan pembeli untuk menerima Mata Tack tambahan; menjadikan aplikasi IPC sebagai teman membeli-belah yang penting. 

Di sepanjang tempoh ini, para pembeli juga berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif daripada kedai yang mengambil bahagian, merangkumi pelbagai kategori seperti F&B, kecantikan, teknologi, serta rumah dan gaya hidup. Antara pekedai yang mengambil bahagian termasuk All IT Hypermarket, yang menawarkan potongan harga untuk barangan terpilih; Spotlight, yang menawarkan diskaun 40% untuk barangan terpilih; IKEA Damansara, yang menawarkan diskaun sehingga 20% untuk barangan terpilih, dan banyak lagi tawaran menarik eksklusif untuk para pembeli IPC. 

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan IPC 20versary dan Snow-Much-Fun 20versary Fest, sila kunjungi ipc.com.my/20thAnniversary dan ipc.com.my/Snow2023 

Leave a Reply

Your email address will not be published.