Chagiya! Ttalgi joh-ahae? Peminat strawberry premium boleh puaskan selera korang dengan pilihan strawberry dari Korea. Terkenal dengan strawberry yang manis dan berjus, 5 pilihan yang ada adalah Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry.
Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry mempunyai kualiti tersendiri dan berbeza daripada tawaran standard lain di pasaran, menetapkan piawaian baharu dalam kualiti dan rasa. Ini merupakan kerjasama antara Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan.
“Hari ini, kami dengan bangganya membawa cita rasa istimewa strawberry premium Korea kepada pengguna di Malaysia dan pada masa yang sama, kami berhasrat untuk memupuk pertukaran budaya melalui makanan, salah satu bahasa universal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata En. Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan Pusat Perdagangan-Agro Korea di Kuala Lumpur, yang merupakan cawangan Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea di Malaysia.
Tambahnya lagi, ini bukan sahaja menandakan satu kejayaan dalam ketersediaan strawberi premium Korea di Malaysia tetapi juga menjadi kesinambungan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Syarikat K-BERRY Sdn. Bhd (sebuah organisasi integrasi eksport yang merupakan satu kerjasama antara pengeluar dan pengeksport strawberi), Euro-Atlantic Sdn Bhd dan Khaishen Sdn Bhd. Perjanjian strategik ini menandakan usaha kerjasama untuk menerajui pengembangan strawberry premium Korea di pasaran Malaysia.
Rasa yang luar biasa dan ciri-ciri unik
Kuemsil: Dikenali sebagai “apple of the eye”, baka strawberry Kuemsil menawarkani rasa manis yang tersendiri, diperkaya dengan bayangan rasa buah pic yang menjadikan profil rasanya lebih menarik. Baka ini mempunyai gabungan sempurna rasa manis semula jadi dan juga cita rasa halus bernuansa, menjadikannya satu pengalaman kulinari yang menawan dan tidak dapat dilupakan.
Sulhyang: Ia merupakan satu gandingan seimbang bagi ciri kemanisan dan keasidan, Keunikan Sulhyang terletak pada buahnya yang berjus, pulpa lembut dan bentuk kon berwarna merah terang yang menyerlah. Baka ini menjanjikan simfoni perisa, yang mana gabungan rasa manis dan masam menghasilkan satu pengalaman rasa yang menggembirakan dan sukar untuk dilupakan.
King’s berry: Menyerupai raja strawberry, King’s berry mempunyai saiz yang dua kali lebih besar daripada strawberry biasa untuk kepuasan yang lebih tinggi. Bayangan keharuman buah pic, disempurnakan dengan tekstur lembut dan manis menjadikan raja buah ini satu sensasi yang hebat.
Vitaberry: Tepat dengan gelarannya sebagai “idola strawberry”, baka ini mempunyai kandungan vitamin C yang 30% lebih tinggi berbanding dengan strawberi biasa. Bukan sahaja lazat dimakan, Vitaberry juga berkhasiat, menjadikannya satu pilihan tepat untuk kesihatan dan juga dinikmati.
Snowberry: Strawberi ini sehalus salji! Dibezakan dengan luaran berwarna merah jambu dan tekstur isi putih yang lembut, Snowberry mendapat namanya daripada ciri-cirinya yang menyerupai salji. Selain daripada rupa fizikalnya yang menawan, baka ini menjanjikan rasa manis yang halus dan isi yang lembut lagi lazat, umpama membawa deria rasa anda ke alam musim sejuk yang penuh perisa.
Kemunculan sulung strawberry premium Korea di Malaysia hari ini menandakan detik transformatif bagi industri tempatan dan pengguna kini boleh mencuba dan menghargai profil rasa yang lebih luas dan ciri-ciri tersendiri dalam strawberry premium ini.