Sydney atau Bali? Raikan Kedatangan 2024 Dengan Bergaya Di Destinasi Pilihan Agoda

0 Comments

Layan sambutan tahun baru kat mana tahun ni geng? Biasanya yang paling menarik dengan sambutan tahun baru ni adalah pertunjukan bunga apinya. Meriah kan! 

Memandangkan tahun semakin hampir ke penghujungnya, platform pelancongan digital, Agoda, menggunakan teknologi AI untuk memberi gambaran sambutan Ambang Tahun Baru di 10 destinasi global yang sering dinantikan. 10 pilihan teratas ini menjanjikan pemandangan yang indah, pesta yang menggembirakan dan suasana yang tiada tandingan untuk sambutan permulaan 2024! 

Antara yang tersenarai adalah pertunjukan bunga api ikonik di atas Sydney Harbour, Times Square ball drop yang lejen tu, malam penuh keraian di Rio de Janeiro dan tradisi Hogmanay di Edinburgh.

10 Destinasi Pilihan Untuk Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

1. Singapore: Pertunjukan bunga api yang mempesonakan di Marina Bay dan peluang nikmati pesta jalanan dan karnival yang meriah. 

2. Bali, Indonesia: Raikan tahun baru di pantai dengan bunga api dan persembahan tradisional Bali. 

3. Ho Chi Minh City, Vietnam: Berseronoklah dalam suasana perayaan dengan bunga api di atas Sungai Saigon dan aktiviti malam yang meriah di District 1.

4. Tokyo, Japan: Hayati sambutan tradisi Jepun dengan melihat matahari terbit pertama tahun ini disamping perayaan kebudayaan dan pesta moden. 

5. Sydney, Australia: Saksikan pertunjukan bunga api yang terkenal di dunia di atas Sydney Harbour Bridge dan Opera House. 

6. New York City, USA: Sertai orang ramai di Times Square tradisi ball drop atau pelbagai parti dan konsert di seluruh NY. 

7. Rio de Janeiro, Brazil: Selami tenaga 2024 yang meriah di Copacabana Beach, dengan irama samba dan pertunjukan bunga api yang menakjubkan. 

8. London, England: Saksikan langit malam bercahaya dengan pesta bunga api di sepanjang Sungai Thames, dengan pelbagai parti di atas bot dan pelbagai acara lain. 

9. Edinburgh, Scotland: Ambil bahagian dalam perayaan Hogmanay yang bersejarah, lengkap dengan perarakan, konsert dan tradisi Loony Dook yang unik (berenang sambil mengenakan pakaian mewah di Firth of Forth) 

Leave a Reply

Your email address will not be published.