25 Tahun Brewti-ful Memori Bersama Starbucks

0 Comments

Pejam celik, pejam celik dah 25 tahun Starbucks bertapak kat Malaysia! Bermula dengan Starbucks KL Plaza pada tahun 1998, selain daripada menyajikan pilihan kopi yang luar biasa, jenama itu juga telah berkembang menjadi simbol hubungan, komuniti dan dedikasi kepada rakyat Malaysia.

Dengan tema “Brewing Memories, Engaging Communities,” Starbucks Malaysia memperkenalkan Koleksi Ulang Tahunnya yang ke-25, menampilkan keluaran ikonik seperti ‘Bearista’ plushie dan ‘Timeless Brew’ tumbler, gabungan tradisi dan kemajuan.

Selain menjadi rangkaian kedai kopi dengan lebih 400 cawangan serata negara, Starbucks Malaysia juga telah menjadi “rumah ketiga” rakyat Malaysia, memupuk hubungan dan mencipta kenangan. 

Inisiatif seperti Starbucks Signing Store dan program Starbucks Upcycled Flavorlock™ Pouch juga mempamerkan komitmen jenama ini terhadap keterangkuman, ihsan dan tanggungjawab sosial.

Ketika Starbucks Malaysia merenungkan perjalanannya yang luar biasa, ia berharap dapat meneruskan peranannya sebagai salah satu entiti Malaysia yang bermakna dan dapat terus menyumbang pada masyarakat keseluruhannya untuk tahun-tahun mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.