Korang tahu kan kita semua dicutikan sebab nak elak wabak covid-19 merebak dengan lebih teruk, so cuti yang diberi setakat ni untuk negara kita adalah sampai hujung bulan ni iaitu 31 Mac.
Tapi dalam mengambil langkah berjaga-jaga sampai terdapat beberapa buah negara lain yang lockdown, ada pulak perangai Cik Gaya tengok melampau-lampau. Buat challenge yang merepek dan menjijikkan!
Apa masalah korang ni? Buat benda pelik-peliklah sebab tu datang virus yang menyusahkan 1 dunia sekarang ni! Makan biawak, makan kelawar, ular, kucing, anjing, monyet, tikus, dah puas korang makan, koronavirus pun timbul.
Sekarang ni tak jadikan benda tu sebagai pengajaran, korang pergi jilat pula tong sampah. Aiyo! Apa ni?
Memang sangat tidak masuk akal namun itulah yang berlaku terhadap seorang penyampai radio di Switzerland, Lea Inderbitz.
Dia memulakan kempen tersebut dengan menjilat tangan pelawak Switzerland, Hazel Brugger. Dia kemudiannya turun ke jalanan dan menjilat mesin tiket, tong sampah, tiang dan bas.
Rakaman aksi berkenaan kemudiannya menjadi tular dan menerima kecaman orang ramai.
Bagi mereka ia bukan satu perbuatan yang kelakar.
“Kamu buat saya rasa nak muntah. Harap syarikat radio kamu diberikan hukuman.
“Bukan sekadar virus ini, tapi kamu melakukan sesuatu yang jijik jika orang lain turut menyentuh permukaan sama,” tulis netizen.
Lea kemudiannya mengaku video tersebut hanyalah palsu dan ia merupakan lakonan semata-mata.
Lea, kalau Cik Gaya ni diberi sejuta ringgit pun untuk berlakon jilat tong sampah, Cik Gaya tak hingin taw. Yih!