Perintah Kawalan Pergerakan Bukan ‘Percutian’, Jika Berdegil! Siap Sedia Hadapi ‘Lockdown’

0 Comments

Whatsupp guys, it’s me again. Budak Kaca Mata is here. I arini bosan babe, maklumlah nak keluar rumah tak boleh sebab I nak patuh dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan eventhough I duduk rumah baru dua hari tapi dah rasa macam setahun dah ini.

Namun, demi mengurangkan wabak Covid-19 di samping I tak nak dijangkiti virus itu, I rela duduk rumah namun apa yang I tengok sekarang ini sepatutnya perintah ini you guys duduk dekat rumah, chillex dengan keluar, ini tidak I tengok ramai yang keluar siap ada plan balik kampung.

Serius arr guys, you guys know kerana kedegilan sesetengah kita ini lah tak pasal-pasal baru sahaja dua hari perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sudah ada 110 kes baharu menjadikan negara kita sudah ada dekat 900 orang yang positif Covid-19.

Kredit : Malay Mail

Kalau macam ini sampai 31 Mac, oh no! I tak peliklah kalau Malaysia akan di “lockdown” seperti negara Itali dan China yang you guys memang tak boleh nak ke mana-mana dah. Itali ini dulu situasinya sama seperti kita sebenarnya.

Masa di peringkat Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai masih boleh pergi kerja, beli barangan dapur, pergi ke farmasi, dan semua perniagaan masih dibuka kerana kalau tidak ekonomi akan ranap (sudah ranap pun), tapi mereka tidak boleh bergerak keluar dari rumah melainkan dengan alasan yang sah.

A person standing in front of a building

Description automatically generated
Kredit : SkyNews

Walapun ketika itu dah dapat lihat sudah ramai yang memakai topeng dan sarung tangan, tapi masih ada juga yang merasakan diri mereka kebal, yang pergi ke restoran beramai-ramai untuk lepak minum dan sebagainya.

Selepas itu, Itali mengumumkan bahawa semua bisnes ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Yang sengsaranya guys, di sana hanya boleh bergerak jika memiliki sijil dokumen rasmi sahaja di mana mereka perlu mengisytihar nama, datang dari mana, ke mana hendak dituju dan kenapa.

A car parked in front of a building

Description automatically generated

Lepastu itu, ada banyak ‘checkpoints’ polis pula. Sekiranya rakyat di sana ditemukan berada di luar tanpa sebab yang sah, mereka berdepan risiko didenda sehingga 206 Euro dab jika mereka diketahui positif jangkitan, mereka. berdepan risiko hukuman satu hingga 12 tahun penjara atas kesalahan homisaid (membunuh). You guys nak Malaysia macam ni ke.

Macamana guys, masih nak berdegil dengan perintah ini. Tak mustahil boleh berlaku jika korang yang berdegil.

A person standing in front of a car

Description automatically generated
Kredit : SkyNews

Selama 14 hari ini, I cadangkan korang just stay at home. Kalau I ni yang jenis memang tak boleh duduk rumah pun boleh buat takkan you guys tak boleh kan. Tak lama guys, dua minggu jer lagi. Bila dah okay nanti, you guys nak sambung cuti, sambunglah but not now.

Larangan ini bersifat sementara je pun demi mengawal orang ramai daripada bergerak bebas sehingga memungkinkan berlaku jangkitan wabak Covid-19 yang lebih teruk but you guys jangan panik sebaliknya tenang dan ikut semua arahan yang telah dan akan dimaklumkan kemudian.

Ini bukan Perintah Berkurung, just kita cuma duduk di rumah dan keluar jika ada urusan yang betul-betul penting sahaja. Sebab kalau you guys lakukan, you guys yang untung sebab tak terkena jangkitan Covid-19 sebab di luar sana kita tidak tahu siapa pembawa virus ini

Jadi korang, bak kata Perdana Menteri kita, just stay home agar langkah perintah kawalan pergerakan itu berkesan dalam mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 di negara kita. Jika kita lakukan cara betul, bukan sahaja wabak dapat dihapuskan namun ekonomi dan korang yang gaji terjejas akibat wabak ini akan dapat kembali pulih seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.