Dang Sari yakin pasti di antara korang yang risau dijangkiti Covid-19, kan? Maklumlah dah banyak kes-kes yang berlaku ada yang positif wabak ini walaupun di kalangan keluarganya mencatatkan bacaan negatif.
Ini dibuktikan dengan satu kes kanak-kanak berusia dua tahun yang kini positif virus itu. So, hari ini, Dang akan share sedikit tips bagaimana untuk membuat pemeriksaan sendiri Covid-19 ini yang dikongsikan oleh Dr Wan Ahmad Zhafran yang kini bertugas di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.
Bukan Dang Sari tak bagi terus ke hospital cuma bimbang takut korang yang tiada masalah terdedah pula dengan mereka yang betul-betul dijangkiti Covid-19. Dang Sari harap tips ini mampu membantu menghilangkan keresahan pembaca Dang Sari.
Rasa Nak Ke Hospital Lah, Nak Check Covid-19! Tunggu Dulu!
Anda risau anda dapat Covid-19 ?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? ?
Anda bagus sebab anda concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling anda tapi tunggu dulu.??
Kami sayang anda.
Kami tak mahu anda yang sebenarnya sihat / takde covid untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah sebelum anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms? (Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)
* kalau ya, 1 point
2. Anda ada pergi ke mana-mana negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
– China, South Korea, Japan, Italy, Iran, dsb. (Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
– join tabligh sri petaling, church di sarawak, atau
– anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID
* kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
* kalau ya, 1 point
3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?
– close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc.
– contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
– Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
– Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
– Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
* jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
KEPUTUSANNYA ADALAH!
Kalau anda ada
0 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam-diam dekat rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
– anda berisiko sederhana dijangkiti covid
– duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 dan 3 points
– anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
– anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
– pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
– pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian kt ahli keluarga anda.
Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
- Symptoms ada sejak bila
- Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
- Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, dsb)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
ELAKAN DARI SENGAJA DEDAHKAN DIRI DENGAN JANGKITAN COVID-19 DI HOSPITAL
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital kerana anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
- mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
- mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
- Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID-19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
Artikel berkaitan
Masih ada ke negara yang belum dijangkiti Covid-19?
Stress Duit Hotel ‘Burn’ Kerana Covid-19? Jangan Risau! Boleh Refund Walau Status ‘Non Refundable’