Profesor AS ‘Salute’ Malaysia Tangani Covid-19

0 Comments

Walaupun ada sebahagian masyarakat kita sendiri yang mengutuk cara Malaysia melakukan Perintah Kawalan Pergerakan namun dakwaan itu kini bagi Dang Sari mampu ditepis kerana ada seorang rakyat dari Amerika yang kagum dengan cara Malaysia menangani Covid-19.

Bukan calang-calang tau, lelaki tersebut merupakan seorang profesor Washington University, St. Louis bernama Jason Hassenstab yang dapat merasai sendiri PKP yang dilaksanakan kerajaan kita ketika melawat Malaysia baru-baru ini.

Menurut sumber yang Dang Sari baca, Jason Hassenstab, cara pihak berkuasa Malaysia dalam usaha membendung koronavirus adalah jauh lagi bagus daripada Amerika Syarikat (AS).

Apa yang menariknya, Malaysia ini sememangnya melaksanakan penentangan Covid untuk keseluruhan negara tidak kisah kita berada di dalam hutan, tempat terpencil. Janji syaratnya di Malaysia.

Di lapangan terbang Kuala Lumpur, ada pengawal keselamatan yang menguatkuasakan distancing. Banner informasi dan juga panduan secara visual ada di mana mana, dicetak oleh Kementerian Kesihatan mereka. Kerusi di lapangan terbang diletak pita pelekat untuk memastikan ada ruang kosong di antaranya.

Jason Hassenstab

Semua pekerja memakai topeng muka, sanitizer ada di setiap kaunter, di mesin cashier, dan di banyak stesen – di mana sahaja. Kerajaan mereka konsisten dengan mesej: Sentiasa duduk di rumah, kekalkan jarak jauh, bersihkan tangan kamu Dan satu mengara mereka melakukannya.

Jason Hassenstab

Hassenstab menganggap perbezaan di antara Malaysia dan AS adalah ibarat langit dan bumi malah hanya 5% kastam ataupun pengawal sempadan yang bertugas memakai topeng muka ataupun sarung tangan.

Apa yang menyedihkan Dang Sari, Hassenstab dan keluarganya pula dipandang pelik oleh masyarakat di sana kerana memakai topeng muka seolah-olah mereka melakukan kesalahan di negara tersebut.

Rakyat AS itu mengharapkan agar ini mesej yang jelas buat kerajaannya untuk benar-benar flatten the curve Covid-19 dan menjadikan Malaysia sebagai role model bagi negaranya dalam membendung wabak tersebut daripada menjadi teruk.

Ini bukan jenaka atau penipuan. Orang ramai akan mati dalam skala yang besar melainkan langkah berjaga-jaga secara ekstrem tidak diambil. Saya harap semua orang di AS mengingati perkara ini bermula pada bulan November

Jason Hassenstab

Artikel berkaitan
Masih ada ke negara yang belum dijangkiti Covid-19?
Stress Duit Hotel ‘Burn’ Kerana Covid-19? Jangan Risau! Boleh Refund Walau Status ‘Non Refundable’

Leave a Reply

Your email address will not be published.