Kota Venice ibarat bandar berhantu…

0 Comments

Cik Gaya kalau tengok je gambar-gambar dekat Kota Venice, ha startlah nak berangan, duduk atas bot lah, nak pergi honeymoon dekat sana lah, siap terbayang lagu Yuna.

“Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hati ku, terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu”

 Dengan muzik dia tu betul-betul macam dekat Kota Venice… bestnye weh!

Tapiiii tak kesampaian lagi nak pergi sana sebab bajet ciput! adui la… tengok gambar orang je yang bolehnya… potong stim betul.

Tapi sejak berlaku covid-19 ni, 1 dunia berubah, termasuklah kota Venice sendiri… Lautnya nampak begitu bersih dan airnya bertukar menjadi jernih. Malah benda yang dianggap mustahil nak jadi sebelum ni pun sekarang dah boleh tengok, iaitu ikan berenang dalam lautan kota Venice.

Menerusi laman Facebook Venezia Pulita (Venice Bersih), ramai berkongsi foto ikan berenang selain burung-burung mula datang hinggap di sekitar Venice.

Venice yang terletak di daerah Veneto, mencatatkan kes Covid-19 ketiga tertinggi di Itali iaitu sebanyak 3,214 kes dengan kematian keempat terbanyak, 94 kes.

Manakala daerah Lombardy di barat Itali paling teruk terjejas dengan 17,713 kes positif manakala 1,959 daripadanya maut.

Korang yang baca pun mesti rasa macam tenang je dekat kota Venice tu kan? Semuanya menjadi bersih. Iye lah, dunia kan sedang berehat sekarang…..

sumber gambar utama: CakapCakap

Leave a Reply

Your email address will not be published.