Masih ada ke negara yang belum dijangkiti Covid-19?

0 Comments

Hello guys… Hari ini Budak Kaca Mata nak share sedikit info kepada you guys yang pasti you guys terkesima.

Ketika 163 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia kini dilanda wabak Covid 19, namun terdapat beberapa negara yang kini masih boleh menarik nafas lega sebab belum ada kes-kes Covid-19.

Sehingga 20 Mac 2020, sekurang-kurangnya 10 buah negara telah diuji negatif terhadap virus ini. So, hari ini I nak share negara-negara ini.

1. Republik Palau

Kredit : iciforum
Kredit : Speakzeasy

Negara ini mengumumkan keputusan ujian negatif untuk satu kes yang disyaki Covid-19 pada 9 Mac 2020.

Ia merupakan seorang wanita berusia 73 tahun yang datang dari Amerika Syarikat dan selepas sampel wanita itu dihantar ke Taiwan, negara tersebut diumumkan bebas dari Covid-19.

2. Tonga

Kredit : Prevention Web

Tonga telah melaporkan seorang wanita yang berusia 21 tahun sebagai kes pertama Covid-19. Namun dia telah diuji negatif.

Wanita tersebut dimasukkan ke hospital Vaiola di Nuku’Alofa selepas menunjukkan simptom-simptom virus berkenaan dan sampel wanita itu kemudiannya dihantar ke Australia yang mana ianya telah disahkan negatif.

Demi mendapat kepastian dan pengesahan tambahan, sampel itu juga telah dihantar ke New Zealand dan mencatatkan keputusan yang sama.

3. Kepulauan Solomon

Kredit : SONY DSC
Kredit : Tribun

Kepulauan Solomon melaporkan 4 kes yang disyaki Covid-19 pada 10 Februari lalu di atas kapal kontena MV Expert yang berlabuh di wilayah Rannell dan Bellona di negara ini.

Kesemua sampel telah dihantar ke Makmal Rujukan Penyakit Berjangkit Victoria di Melbourne, Australia dan disahkan negatif.

4. Laos

Kredit : Sofitel
Kredit : The Star

Lebih daripada 50 kes Covid-19 telah dilaporkan di Laos namun kesemuanya mencatatkan keputusan negatif.

Sampel-sampel berkenaan telah diuji sebanyak tiga kali  di Pusat Kebangsaan Makmal  dan Epidemiologi. Institut Pasteur dan Makmal Mikrobiologi di Hospital Mahosot.

Selain itu, sampel-sampel itu turut dihantar di Makmal WHO yang berpusat di Australia.

Kerajaan Laos telah melaksanakan langkah-langkah pengimbasan yang ketat di semua pintu masuk di negara ini dan mengenakan kuarantin selama 14 hari bagi sesiapa yang tiba-tiba mengalami tanda-tanda Covid-19.

5. Republik Kepulauan Marshall

Kredit : War is boring

Negara ini pada mulanya hanya melaporkan satu kes yang disyaki Covid-19 melibatkan seorang lelaki berumur 66 tahun pada 9 Mac 2020 di kota Majuro.

Sampel yang diambil telah dihantar ke makmal di Hawaii dan telahpun dilaporkan negatif. Negara ini juga telah mengenakan larangan perjalanan ke beberapa negara termasuk China, Hong Kong, Macau, Jepun, Korea Selatan, Itali, Jerman dan Iran.

6. Syria

Kredit : Safari Wallpapers
Kredit : Safari Wallpapers

Dua kes disyaki Covid-19 diumumkan oleh negara ini dan kemudiannya mencatatkan keputusan negatif terhadap virus tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit dan mempunyai kontak dengan individu di Iran.

Ujian mendedahkan bahawa kedua-dua mereka sebenarnya menderita radang paru-paru. Salah seorang daripada mereka kini telah pun keluar dari hospital.

Kerajaan Syria juga mengumumkan beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyebaran penyakit ini termasuk penggantungan sementara ke atas kemasukan semua pelancong yang tiba dari kawasan yang terjejas.

7. Botswana

Kredit : Getty Images

Di negara ini pula, sebanyak 5 kes disyaki jangkitan Covid-19 namun semua kes diumumkan negatif oleh kerajaan Botswana pada 5 Febuari lalu.

Kes pertama yang disyaki telah didaftarkan pada 30 Januari lalu yang suspek tiba di penerbangan Ethiopia dari China dan diasingkan serta melalui penyiasatan.

8. Myanmar

Kredit : Ronboll
Kredit : Britainica

Kes Covid-19 pertama disyaki di Myanmar pula dilaporkan pada 3 Januari lalu melibatkan seorang pelancong dari China.

Pelancong berkenaan telah tiba di Yangon melalui China Southern Airlines dari Guangzhou dan yang sedihnya daripada 78 penumpang yang dibawa, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan turun dan selebihnya tidak.

Namun, Myanmar mengumumkan bahawa kes yang disyaki itu negatif Covid-19 dan negara ini masih menjalani ujian ke atas beberapa penumpang namun setakat ini tiada hasil positif yang dilaporkan.

9. Angola

Kredit : Bolore
Kredit : Open Democracy

Kes pertama di Angola dilaporkan pada 29 Januari dan suspek merupakan warganegara China yang kini di bawah pemerhatian di sebuah klinik di Luanda dan sampelnya telah diuji negative untuk virus itu.

Angola kemudiannya telah mengeluarkan kuarantin mandatori untuk semua penumpang yang tiba dari China.

10.  Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara)

Yang ini sebenarnya konflik sikit kerana menurut Daily NK, Covid-19 telah membunuh 180 tentera Korea Utara pada Januari dan Februari disamping menyebabkan 3,700 lagi telah dikuarantin.

Dan menurut agensi berita Yonhap News pula yang I baca, Korea Utara sebenarnya telah mengkuarantin hampir 10,000 orang kerana bimbang Covid-19 akan tersebar namun telah membenarkan 4,000 daripada mereka pulang kerana tidak menunjukkan simptom.

Namun, setakat ini, negara di bawah pimpinan Kim Jong Un ini masih belum mengesahkan berita ataupun mahu melaporkan apa-apa tentang Covid-19 di negaranya.

Artikel berkaitan
Stress Duit Hotel ‘Burn’ Kerana Covid-19? Jangan Risau! Boleh Refund Walau Status ‘Non Refundable’
Aplikasi Terbaik Bantu Korang Kekal Cergas & Sihat Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Leave a Reply

Your email address will not be published.