Kaki travel je boleh buat benda ni dekat rumah…

0 Comments

Khas untuk kaki travel, Cik Gaya harap ini bukan waktu untuk korang bersedih sebab tak boleh pergi travel, dan korang kena lebih kreatif apa yang boleh dibuat dalam waktu kuarantin sehingga 14 April ni.

Cik Gaya ada plan untuk korang yang memang kaki travel, ni idea menarik untuk u guys!

Okay… sebelum ni mesti banyak tempat yang korang dah travel kan? So apa kata korang list kan balik semua tempat yang korang dah pergi tu, ibaratnya korang flashback balik apa yang korang dah buat dulu masa melancong.

Menarik kan?

  1. Muat naik throwback di Instagram & Facebook. Masa ni la korang boleh bersihkan memori telefon bimbit sendiri dengan upload ribuan gambar dari trip sebelum ini. Mana tau, lepas habis kuarantin ni korang tiba-tiba boleh hasilkan duit jadi Travel Influencer. Tak cuba, tak tahu (Jangan lupa letak hashtag #throwback)
  2. Setup blog dan mula menulis pengalaman travel. Kalau kena gaya, korang pun boleh menjana pendapatan dari situ.
  3. Edit dan print gambar holiday dalam bentuk photobook. Kalau masa bekerja… memang tak sempat nak buat semua benda ini.
  4. Belajar online video editing. Lepas tu korang edit sendiri video travel itu. Dah siap edit, muat naik di Channel Youtube. Kalau tak reti juga, korang boleh cuba edit video guna mobile Apps FilmoraGo ataupun Quick. Mudah kan!
  5. Merancang next percutian walaupun tak tahu bila nak pergi. Dreaming is free. Kalau berangan ni boleh membuatkan korang gembira semasa berada di rumah, why not!

Sumber : FB Ayu Hasman

Leave a Reply

Your email address will not be published.