5 list video game berkaitan dengan virus

0 Comments

Cik Gaya memang kaki game, sambil-sambil Cik Gaya tengah layan favourite video game “Days Gone”, Cik Gaya terus terfikir ‘eh benda yang aku main ni macam ada kaitan dengan apa yang jadi dekat dunia sekarang iaitu wabak covid-19.’

Ada beberapa video game yang penuh fiksyen ni berkaitan rupa dunia selepas masyarakat menghadapi kesan pandemik. Tapi, walaupun itu fiksyen je, benda tu boleh jadi realiti kalau wabak tu gagal dibendung.

So keadaan akan jadi lebih worst pada dunia kita, sama lah macam dalam video game tu.  

Disebabkan ada banyak masa free dekat rumah walaupun work from home, Cik Gaya sempat list beberapa video game yang Cik Gaya maksudkan tu.

1. Days Gone

“Days Gone” ni video game yang memaparkan kisah hidup manusia yang terus cuba bertahan walaupun dunia di sekeliling mereka sudah musnah – sehingga memerlukan permulaan baru.

“Days Gone” bermula 2 tahun selepas pandemik global membunuh majoriti manusia. Individu yang dijangkiti bertukar menjadi makhluk yang hilang kawalan diri akibat perubahan virus yang menukarkan sifat mereka menjadi ganas.

Kelompok-kelompok individu yang terselamat daripada jangkitan, memencilkan diri dek takut dengan wabak yang melanda serta serangan “zombi-zombi manusia” yang berkeliaran merata-rata.

Menarik kan!? Ni antara video game yang Cik Gaya suka!

2. Left 4 Dead

gambar : youtube

Kisah dalam permainan ini bermula selepas usaha kerajaan Amerika Syarikat menutup kebocoran virus yang dikenali dengan nama “Green Flu” dengan mengatakannya hanya sebagai influenza biasa, menyebabkan jangkitan kepada orang ramai.

“Green Flu” dikatakan terhasil daripada jangkitan virus yang dibentuk berasaskan kepada virus sama penyebab penyakit anjing gila.

Setiap watak yang boleh dipilih oleh pemain merupakan individu-individu yang bersifat asymptomatic atau tiada simptom, walaupun mereka sebenarnya turut dijangkiti virus tersebut; yang mampu mengubah manusia.

3. Dayz

gambar : youtube

“DayZ” ni salah satu permainan yang cukup popular di kalangan peminat permainan video berkonsepkan keperluan untuk terus hidup, “DayZ” memberikan pemain ruang sebesar 225km persegi yang akan menjadi lokasi di mana pemain perlu bertahan.

Pulau itu yang dulunya merupakan sebahagian daripada Republik Chernarus kini kosong, hanya di huni penduduk asal pulau itu yang dijangkiti serta pemain-pemain lain.

4. Resident Evil

gambar : youtube

Ia mengisahkan tentang 2 anggota polis, ditugaskan untuk menyiasat sebuah rumah agama di mana beberapa orang polis telah menghilangkan diri.

Selepas mereka sampai dekat rumah tu, didapati anjing serta manusia yang ada telah menjalani mutasi disebabkan oleh jangkitan wabak.

Tanpa disangka majoriti penghuni rumah agama itu telah pun dijangkiti sejenis virus yang hanya dikenali sebagai “T-Virus” atau “Tyrant virus”, dibangunkan untuk tujuan pembangunan senjata biologi.

Selepas insiden di rumah agama itu berakhir, virus itu gagal dikawal penularannya menyebabkan jangkitan mula merebak dan pandemik bermula.

5. The Last Of Us

gambar : youtube

Ini antara permainan video yang mampu mengalirkan air mata. “The Last of Us” salah satu yang berjaya menggabungkan karya sinematik dan permainan video dengan sangat berkesan.

Ini kerana skrip serta jalan cerita judul ini diolah begitu baik berbanding banyak filem yang ada.

Mengisahkan tentang seorang lelaki pertengahan umur yang ditugaskan untuk menghantar seorang remaja wanita ke sebuah pusat kawalan, tanpa diceritakan sebabnya.

Amerika Syarikat pada ketika itu telah runtuh, disebabkan oleh pandemik wabak cordyceps yang melanda – menyebabkan tamadun manusia tiada jalan lain, melainkan berusaha menyelamatkan diri.

Sepanjang perjalanan jauh mereka berdua, lelaki bernama Joel itu mula mempelajari sebab kenapa dia perlu menghantar gadis bernama Ellie itu yang akhirnya memaksa dia membuat pilihan yang sangat sukar; sama ada mahu menyelamatkan seluruh tamadun manusia atau kembali merasai nikmat menjadi seorang ayah.

Sesuatu yang menakutkan berkenaan virus dalam judul ini, adalah kerana virus ini benar-benar wujud tetapi buat masa sekarang hanya menjangkiti serangga.

So yang mana 1 pilihan korang guys? Sambil main game, sambil fikir dengan apa yang jadi sekarang pada dunia kita…

Sedih wey!

sumber gambar utama : Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published.