Stress Duit Hotel ‘Burn’ Kerana Covid-19? Jangan Risau! Boleh Refund Walau Status ‘Non Refundable’

0 Comments

Bila dah kena Perintah Kawalan Pergerakan ini perkara ini pastinya mendatangkan stress bagi sesetengah pihak khususnya kaki travel yang dah pun booked hotel dan kenderaan untuk korang pergi bercuti namun segala plan korang tergendala sebab tak boleh pergi keluar negara.

Memang rugikan bila tiket flight dan hotel yang ditempah terpaksa burn begitu saja tapi tak semua begitu. Sebenarnya kalau korang nak tahu, bagi korang yang tempah hotel tapi terpaksa tangguh sebenarnya ada peluang nak dapat refund kembali.

Kredit : One Travel

Bagi yang tertanya-tanya, boleh ke kalau dah book hotel dalam Malaysia, kita nak claim balik time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun status bilik itu “Non-Refundable”. Jawapannya boleh!

Kredit : Saiful Anwar

Hamka dapat cara ini daripada rakan Facebook Hamka, Saiful Anwar namun cara ini hanya untuk tempahan di Agoda sahaja tau

1. Buat ‘complain request’ dekat Web Agoda.

Kredit : Saiful Anwar

2. Agoda akan reply email korang dalam masa lebih kurang 3 hari bagi proses seterusnya.

3. Kalau dah lulus, Agoda akan call korang untuk sahkan.

Kredit : Saiful Anwar

4. Dalam masa 1 hari ke dua hari, duit tempahan yang korang buat masa mula-mula melakukan tempahan akan dipulangkan semula ke akaun bank korang.

Kredit : Saiful Anwar

Jadi, selamat mencuba korang. Fight for your right!

Artikel berkaitan
Warkah ‘Covidiot’ Buat Tatapan Insan Yang Degil Ketika Covid-19
Lapan Perkara Boleh Buat Anda Tersenyum Ketika “Lockdown” Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published.