Air Asia ‘Izin’ Tukar Tarikh Tiket Penerbangan Dek Kerana Covid-19

0 Comments

Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun yang istimewa buat kita semua dengan pelbagai agenda yang menyeronokkan seperti melancong, berkahwin ataupun menyambut ulang tahun secara besar-besaran namun siapa sangka kini tahun ini akan diingati masyarakat seluruh duni dek kerana Covid-19.

Disebabkan ini, ramai yang telah melakukan perancangan awal dengan menempah tiket kapal terbang malangnya kini apa jua penerbangan tidak dibenarkan beroperasi namun jika korang menempah tiket dengan Air Asia, sebenarnya boleh sahaja untuk korang tukarkan kepada tarikh baharu.

Maklumat ini BKM peroleh hasil perkongsian rakan Facebook, Hafiz Dz yang mana beliau berkongsikan cara-cara yang betul untuk menukar tarikh penerbangan baru akibat Covid-19.

Memandang aku dah berjaya tukar tarikh penerbangan yang baharu menggunakan AirAsia Virtual Allstar (AVA), so aku share cara2 harap dapat membantu kawan2 yg pm cara nak tukar tu. Sebelum tu pastikan korang dah ada info ni :

1) PNR (no booking 6 aksara)

2) Nama keluarga/Nama ayah (ikut yang kita taip masa beli dulu)

3) Nama penumpang

4) Tarikh lahir penumpang

5) Emel yang dipakai masa beli tiket flight

6) Tarikh & masa yang korang nak tukar tu (jangan masa buat tu baru nk bincang or nak cari detail)

Tiada caj penambahan atau perbezaan harga tambang ye.

Bagi yang nak try refund sebab tak naik flight hari ni atau semalam boleh cek gambar last.

Semoga dapat membantu sedikit sebanyak disaat kita semua sedang gundah.

*masa dalam screenshot tu berbeza sebab buat banyak kali dari malam td & sy memang xda dapat emel dr AA mengenai cancellation flight..

**flight dalam tempoh 48 jam maybe AVA xboleh buat kena gi ke kaunter

Kawan2 yang rasa post ni bermanfaat untuk kalian please doakan urusan aku untuk tinggal bersama isteri & anak dipermudahkan… amin ?

Artikel berkaitan
Risau gemuk ketika PKP! Jangan risau, ‘Air Rempah’ Mampu Buat Anda ‘Slim’
Profesor AS ‘Salute’ Malaysia Tangani Covid-19
Risau Dijangkiti Covid-19? Ini cara mudah ‘Check Up’ Sendiri Sebelum Ke Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published.