Cara Buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’

0 Comments

Sushi ni merupakan salah satu makanan Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, ada yang teringin nak makan sushi kan? Lebih-lebih lagi time puasa ni… memang ngidam tapi tidak kena dengan selera dan ‘tekak melayu’ masing-masing.

Ini dek kerana nasi yang digunakan untuk membuat sushi ini agak manis. Jadi, inilah caranya untuk anda buat sushi ikut selera tekak anda dan boleh dijadikan makanan untuk seisi keluarga!

Bahan-bahan:

  • Beras sushi atau beras biasa – saya guna beras biasa je… masak lebihkan air biar lembik sikit tak nak beras guna rice cooker. Masa nak masak nasi tu saya terus masukkan kiub ayam. Kalau ikutkan resepi asal gaulkan nasi yang dah masak tadi dengan garam, gula dan 2 sudu besar cuka makan.
  • Telur dadar dipotong memanjang
  • Crab stick dicelup terlebih dahulu
  • Sosej dicelup dahulu
  • Tuna
  • Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap
  • Timun dipotong memanjang
  • Seaweed
  • Plastik (untuk menggulung)

Cara-cara:

  1. Alas plastik atas papan pemotong
  2. Letak seaweed
  3. Letak nasi dan nipiskan
  4. Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yg disediakan… gulung kemas… siap nanti potong dan boleh dimakan dengan sos , kicap lada.

Mudahkan gaiss? Kalau anda sejenis yang tak makan sushi mungkin kerana ada ‘topping’ yang mentah dan sebagainya, jangan risau anda boleh cuba resepi ini!

Artikel berkaitan:
6 Tempat Makan Halal Wajib Anda Singgah di Bangkok
Nampak Pelik Tetapi Sosej Kemboja Memberi Rasa Yang Memukau

Leave a Reply

Your email address will not be published.