Sebulan berlayar, pasangan ini tak sedar covid-19 menyerang dunia

0 Comments

Dalam kita sibuk berkuarantin dekat rumah kerana covid-19 dan perkara ini tular di seluruh dunia, masih ada yang tidak tahu mengenai perkara ni. Pelik kan? 

Itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih ini yang mendakwa terkejut apabila mengetahui Covid-19 sudah menjadi ancaman dan meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Elena Manighetti dan Ryan Osborne yang berasal dari Manchester, United Kingdom memberitahu mereka tidak mempunyai banyak maklumat mengenai virus itu kerana sedang belayar merentasi Lautan Atlantik pada Februari lalu.

Ini kerana Ryan dan Elena telah menghabiskan masa hamper sebulan berlayar di lautan, dari Kepulauan Canary, Itali menuju ke Pulau Karibia, Perancis.

Kata Ryan, mereka juga meminta keluarga tidak memberi sebarang berita buruk sepanjang pelayaran mereka kerana tidak mahu berfikir mengenainya.

“Sebelum berlayar memang kami ada terdengar mengenai virus di China tetapi kami ingat apabila tiba di Karibia, semuanya sudah berakhir,” katanya kepada BBC.

Perjalanan yang mengambil masa 25 hari itu kata Ryan membuatkan mereka tidak menyangka pelbagai perkara sudah berlaku dan memberi impak buruk di seluruh dunia.

Bagaimanapun mereka mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kapal mereka tidak dapat berlabuh di Karibia memandangkan semua laluan ditutup.

“Ini pertama kali kami ke Karibia tetapi apabila sampai, semua tempat pelabuhan ditutup malah semua pulau-pulau di sekelilingnya turut ditutup.

“Ketika itu kami sedar bahawa sesuatu yang buruk sedang berlaku,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun pasangan ini berharap agar pandemik ini akan berakhir sebelum musim tengkujuh pada awal Jun depan.

korang mungkin minat baca:
Destinasi menarik korang boleh kunjungi pada bulan puasa
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published.