Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Jom kita explore jap tempat menarik dan unik korang boleh pergi.
1. Pokhara, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking.
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
2. Kandy, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
3. Dhaka, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram.
Dhaka digelar sebagai City of Mosques kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
4. Da Nang, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
5. Tonle Sap, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar